Manusia
merupakan khalifah di muka bumi dan ia direkodkan di dalam al-Qur’an yang
bermaksud:
Maksudnya: ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada
para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka
bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu
orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami
sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan
berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”
(Surah al-Baqarah 2: 30)
Menurut
Muhammad Syukri Salleh (2003),
manusia sebagai pelaku pembangunan bermaksud manusia merupakan khalifah Allah
SWT yang diutus untuk mengimarahkan alam ini. Manusia harus sedar bahawa Allah
SWT merupakan pemilik mutlak alam ini dan tugas manusia sebagai seorang
khalifah adalah dengan mengimarahkan alam ini. Hal ini bermaksud seseorang
manusia itu hendaklah mengimarahkan ataupun memakmurkan setiap sesuatu itu
dengan cara Islam termasuklah dengan cara memakmurkan institusi pembangunan
Islam. Institusi islam seperti institusi masjid, institusi pendidikan, dan pejabat-pejabat
tertentu seharusnya melaksanakan pembangunan dengan cara yang telah dianjurkan
Islam.
Manusia
sebagai pelaku pembangunan di sesebuah institusi boleh dirujuk sebagai seorang pekerja
atau majikan di sesebuah institusi hendaklah amanah dalam menunaikan setiap
tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Dengan kata lain seseorang
pekerja di sesebuah di intitusi hendaklah menjauhi setiap sifat mazmumah atau
sifat tercela ketika melaksanakan kerja dengan cara kuat berusaha, datang awal
ketempat kerja, tidak membuang masa, jujur, amanah serta menjadikan setiap
kerja sebagai ibadah sesuai dengan peranan seorang hamba yang sebenar.
Para
pekerja di sesebuah institusi dewasa ini kebanyakkannya kelihatan sudah lari
dari tanggungjawab sebagai seorang khalifah yang sebenar. Dapat kita lihat
kebanyakan pekerja di sesebuah syarikat atau institusi termasuklah institusi
pembangunan Islam hari ini kurang amanah dalam menjalankan tanggungjawab selaku
seorang pekerja. Mereka dengan sewenang-wenangnya mengamalkan rasuah, suka
mencuri tulang, melakukan kerja dengan sambil lewa dan tidak efisien dalam
menjalankan tanggungjawab. Hal ini demikian kerana kurangnya perasaan bertuhan
lantas mereka melakukan sesuatu kerja itu hanya untuk mendapatkan gaji atau
wang ringgit.
Pelaku
pembangunan seharusnya sentiasa peka dengan tanggungjawab yang digalas dan
hendaklah melakukan sesuatu kerja dan tanggungjawab serta tidak meninggalkan
syariat yang dianjurkan agama agar usahanya akan dilimpahi barakah dan
diredhai. Selain itu, peranan seseorang pelaku pembangunan tersangatlah penting
kerana ia akan memberi kesan yang besar keatas kerja dan institusi tempat
kerjanya. Seseorang pelaku pembangunan yang baik akan menjadikan institusi itu
berkualiti, dan dapat menghasilkan produk dan keluaran yang bermutu dan
seterusnya menjadikannya dipandang tinggi dan dipercayai.
BIBLIOGRAFI
Mohd Shukri Hanapi. (2013). Pola tasawur pembangunan
dalam al-Qur’an: Kajian tafsir tematik. Workshop
antarabangsa pembangunan berteraskan Islam Ke-6.
Mohd Shukri Hanapi. (2014). Tasawur Islam dan pembangunan). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Syukri Salleh. (2003). Tujuh prinsip pembangunan berteraskan Islam, KL: Zebra Editions dan
Pulau Pinang: Projek pengurusan pembangunan Islam (IDMP) Universiti Sains
Malaysia (USM).
No comments:
Post a Comment