Sumber Alam Sebagai Peralatan Pembangunan di Sesebuah Syarikat
Pengeluaran Produk.
Sumber alam sebagai peralatan pembangunan merupakan prinsip pembangunan
berteraskan Islam (PBI) yang kelima yang diperkenalkan oleh Muhammad Syukri
Salleh. Menurut Muhammad Syukri Salleh (2003), sumber alam sebagai peralatan
pembangunan bermaksud sumber yang meliputi sumber dari langit, bumi, laut dan
cakerawala ini boleh digunakan sebagai peralatan dalam melaksanakan pembangunan
umat Islam. Namun begitu, wujudnya perbezaan pandangan antara Barat dengan
pandangan Islam berkaitan sumber alam. Hal ini demikian kerana, masyarakat
Barat memandang sumber alam sebagai terhad sebaliknya Islam memandang sumber
alam sebagai tidak terhad.
Pandangan Islam ini adalah dari aspek kualiti yang berkaitan dengan
konsep keberkatan sesuatu rezeki dan bukannya dari segi kuantiti. Sesuatu
sumber itu jika terdapat berkat padanya akan terasa cukup untuk digunakan oleh
seseorang itu walaupun pada kuantitinya ia adalah sedikit sebaliknya pula
terjadi jika sesuatu rezeki itu tidak berkat.
Sumber alam semulajadi boleh digunakan manusia untuk membangunkan alam
ini asalkan ia tidak bercanggah dengan syariat Islam kerana tujuan diciptakan
sumber alam semulajadi di dunia ini adalah untuk dijadikan peralatan manusia
bagi melaksanakan ibadah kepada Allah SWT. Selain itu, sumber-sumber alam ini
sebenarnya banyak digunakan di syarikat-syarikat pengeluaran. Antaranya adalah
seperti syarikat kayu-kayan, syarikat minyak, syarikat pengeluaran
makanan-makanan ringan seperti syarikat keropok, syarikat kerepek dan pelbagai
jenis syarikat lagi termasuklah syarikat yang berasaskan industri kecil dan
sederhana (iks). Kesemua syarikat ini sebenarnya menghasilkan produknya melalui
sumber alam semulajadi yang diciptakan Allah SWT untuk kegunaan hamba-hambanya.
Pandangan Barat dengan pandangan Islam adalah amat berbeza sama sekali.
Barat mengangap sumber alam itu terhad dan jika tidak digunakan secara
sistematik sumber-sumber ini akan habis. Sebaliknya pula, agama Islam memandang
sumber alam sebagai tidak terhad. Hal ini adalah kerana adanya konsep tauhid,
pengagihan dan konsep rezeki dalam Islam. Rezeki sebenarnya telah
ditetapkan sebelum kita lahir ke dunia lagi. Antara firman-Nya berkaitan rezeki
adalah seperti dalam surah Saba’ yang bermaksud:
“Sesungguhnya Tuhanku
melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan
menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)”. Dan barang apa saja yang kamu
nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya”.
(Surah Saba’, 34:39)
Ayat dia atas membuktikan bahawa Allah SWT yang berkuasa mengatur rezeki
seseorang. Oleh sebab itu, pengekskploitasian sesuatu sumber alam tidak akan
menjamin bertambahnya rezeki seseorang. Dewasa ini dapat kita lihat
kebanyakan individu mahupun syarikat berebut-rebut untuk mengeksploitasi sumber
alam dengan sebanyak mungkin tanpa mengambil kira kesan yang mungkin timbul
jika ia tidak diuruskan dengan cara yang sepatutnya.
Penggunaan sumber pokok dan kayu-kayan yang melampau seperti melalui
aktiviti pembalakan bukan sahaja merosakkan alam ini malah boleh mendatangkan
banjir besar akibat kekurangan tempat tadahan hujan. Hal ini dapat kita lihat
dengan jelas di kawasan-kawasan tertentu di negara kita yang telah mengalami
banjir kilat dan banjir lumpur akibat kekurangan kawasan tadahan hujan kerana
pembalakan besar-besaran. Oleh sebab itu, kesemua sumber alam ini hendaklah
diuruskan dengan baik dan dijadikan peralatan pembangunan tauhid umat Islam.
Oleh sebab itu seseorang manusia dan sesebuah syarikat itu tidak sepatutnya
mengeksploitasi sumber alam ini sebaliknya menjadikan sumber alam ini sebagai
peralatan pembangunan kerana Allah SWT berjanji akan memberikan rezeki kepada
hambanya yang bertakwa dan bukannya yang berebut akan sumber-sumber ini.
“Barangsiapa yang
bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari
kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan
barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan
keperluannya".
(Surah at-Talaq 65: 2-3)
(Surah at-Talaq 65: 2-3)
Bibliografi
Fadzila Azni Ahmad. (2016). Kuliah pengajian SYW501 pengurusan Institusi
pembanguna Islam.
Mohd Shukri Hanapi. (2016). Kuliah pengajian SXW501 Pembangunan Berteraskan Islam.
Muhammad Syukri Salleh. (2003). Tujuh
prinsip pembangunan berteraskan Islam, KL: Zebra Editions dan Pulau Pinang:
Projek pengurusan pembangunan Islam (IDMP) Universiti Sains Malaysia (USM).
Nursyirah. (2011). Yakinilah janji Allah bahawa setiap manusia telah ada rezeki untuknya. Diakses dari
https://nursyirah.wordpress.com/2011/04/23/yakinilah janji Allah bahawa setiap
manusia telah ada rezeki untuknya pada 18 April 2016.
No comments:
Post a Comment